Sifat Rasulullah SAW


Rasulullah..... Manusia Agung yang selalu berpihak dan sangat hormat kepada yang tua, suka menjenguk orang yang sakit, dan mengasihani orang miskin.
Beliau bantu orang-orang yang lemah. Tidak segan bercengkrama dan bergurau dengan anak-anak, Beliaupun suka bermain-main dengan keluarganya.
Beliau sudi berbincang dengan orang biasa yang terdapat di kalangan umat serta rakyat jelata. Beliau bersedia duduk di atas tanah. Tidur di atas pasir, bertilamkan tanah, dan beralaskan tikar kasar yang terbuat dari pelapah kurma.
Beliau merasa puas dengan ketentuan Tuhannya. Beliau tidak pernah tamak terhadap kemasyhuran, kedudukan, atau jabatan yang menggiurkan atau tujuan-tujuan yang bersifat duniawi.
Beliau selalu tersenyum bila berjumpa para shahabatnya. Bila berjabatan tangan, beliau tidak hendak melepaskan sebelum sahabat itu melepaskan tangannya.

 

Gratis Berita Kami

Masukkan email anda :


Dikirim oleh : FeedBurner


Followers